Saturday, October 17, 2009

MP KOTA BELUD AKAN BERPINDAH KE PARLIMEN SULAMAN?

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga merupakan mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tuaran dijangka berpindah ke Parlimen Sulaman jika kewujudan kawasan tersebut diluluskan dalam persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya.

Rahman yang gagal dalam usahanya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran baru-baru ini mungkin akan kehilangan peluang untuk dipilih semula bertanding di Kawasan Parlimen Kota Belud dalam PR13 yang akan datang.

Jika persempadanan semula ini diluluskan UMNO akan mendapat tiga orang calon yang mewakili Parlimen Sulaman, DUN Nangka dan DUN Mengkabong.

DUN Nangka akan kekal dipegang oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor sementara DUN Mengkabong akan dipilih dari kalangan anak-anak jati kawasan itu. Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Aliasgar Haji Basri, Naib Ketua, Zamani Haji Basri dan Rahman adalah anak jati DUN Nangka. Mereka ini (status quo) hanya akan berpeluang untuk dipilih bertanding bagi kawasan Parlimen Sulaman dan DUN Nangka.

Ada ura-ura terdapat pemimpin UMNO Bahagian yang berasal dari DUN Nangka bercadang untuk berpindah keahlian parti ke cawangan yang termasuk dalam DUN Mengkabong bagi membolehkan mereka dipilih sebagai calon UMNO di kawasan berkenaan.

Bagaimana pun, jika persempadanan semula ini tidak diluluskan, pemimpin UMNO Tuaran hanya akan berentap merebut peluang untuk menjadi calon bagi kawasan DUN Sulaman sahaja yang kini disandang oleh Hajiji.

Dalam keadaan perlembagaan UMNO yang telah dipindah itu adalah tidak mustahil adanya pemimpin lain yang mahu mencabar Hajiji bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran. Rahman adalah disebut-sebut oleh penyokongnya akan mencabar Hajiji.

Pemimpin-pemimpin Veteren UMNO Bahagian termasuk mantan-mantan Ketua Bahagian, Datuk Mohd Yussop Manan, Timbalan Ketua, Haji Noortaip Suhaili, Setiausaha Bahagian, Omarkhan Amirusin dan Setiausaha Politik, Darusamin Sainudin juga disebut-sebut mahu kembali aktif dalam UMNO bahagian itu.

No comments:

Post a Comment