Tuaran, 17 Okt -- Katua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor akan kekal selamat bagi jawatan Ketua Bahagian parti itu kerana tidak pernah dicabar sejak mengambil alih kepempinan bahagian itu pada tahun 1995. Hajiji ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman telah mengalahkan Mantan Ketua Bagahian, Datuk Mohd Yussof Manan.
Pemilihan parti pada tahun 2009 lalu hanya memperlihatkan pertandingan bagi jawatan-jawatan Timbalan, Naib Ketua dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian. Timbalan Ketua, Aliasgar Haji Basri kalahkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Haji Abdul Rahman Dahlan sementara abangnya, Zamani Haji Basri mengalahkan tiga calon lain bagi jawatan Naib Ketua.
Kemenangan calon-calon yang bertanding adalah atas dasar senarai calon yang dianggap mendapat sokongan padu Hajiji.
Dengan pindaan perlembagaan UMNO tersebut, adalah tidak mustahil bagi semua jawatan termasuk ketua akan dipertandingkan.
Seramai 1,000 perwakilan dijangka akan memilih pemimpin bahagian itu dan Majlis Tertinggi dengan mengambil kira perwakilan yang mewakili cawangan dan cabang Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di bahagian tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment