


YB Datuk Haji Hajiji Haji Mohd Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah - Pemimpin UMNO yang digeruni.
Wakil Rakyat lima penggal dari sejak PR DUN Sabah pada tahun 1990, Yang Berhormat Datuk Haji Hajiji bin Haji Mohd. Noor kini mampu untuk meneruskan perkhidmatannya untuk penggal ke enam dan seterusnya.
Beliau yang telah dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Tuaran sejak tahun 1995 mengukuhkan kedudukannya di dalam persada politik Negeri Sabah setelah dilantik menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Hajiji ialah seorang yang sangat tegas dan mempunyai berprinsip peribadi yang amat mantap. Di dalam kabinet Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB. Datuk Seri Musa Haji Aman, Hajiji adalah dilihat sebagai orang yang sangat berpotensi menjadi Ketua Menteri Sabah jika jawatan tersebut dikosongkan oleh Musa.
Dalam senerio politik UMNO Tuaran, Datuk Hajiji telah dapat menumpaskan setiap orang yang dianggap mencabar kewibawaannya.
Mantan Ketua Bahagian(1995), Datuk Mohd Yussop Manan tewas dalam pemilihan pada tahun 1995. Beberapa orang lain yang dikatakan berwibawa untuk menentang beliau terpaksa atau dipaksa untuk mengalah.
Mantan Timbalan Ketua Bahagian (1995), Haji Ansari Abdullah telah meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mantan Ketua USNO Bahagian Sulaman dan bekas Setiausaha Politik, Darusamin Sainudin telah membuat percubaan untuk bertanding Ketua Bahagian (2001) tetapi gagal mendapat pencalonan yang mencukupi. Seorang lagi mantan Timbalan Ketua Bahagian, Haji Noortaip Suhaili tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti pada tahun 2004.
Mantan Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Haji Abdul Rahman Datuk Dahlan dalam usahanya mengukuhkan kedudukan dalam UMNO Bahagian Tuaran setelah melampaui had umur pemuda UMNO, gagal merebut jawatan Timbalan Ketua (2009) setelah Hajiji dikatakan berpihak kepada pemenang, Aliasgar Haji Basri.
Hajiji akan mudah mempertahankan jawatan Ketua walau pun kira-kira 1,000 perwakilan bakal mengundi dalam pemilihan akan datang setelah pindaan perlembagaan UMNO dikuatkuasakan. Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian adalah anak didik Hajiji dan seramai kira-kira 500 perwakilan yang mewakili pergerakan tersebut juga dijangka akan memihak kepada Hajiji.
Nama-nama besar dalam bahagian itu akan menghadapi laluan sukar mendapat tempat dalam politik Tuaran kerana Hajiji sendiri mempunyai seorang yang sangat rapat dan menjadi pilihan beliau sebagai gandingan yang sangat matap. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Mohd Kassim Haji Razali yang kini sebagai Setiausaha Politik Hajiji.
Kassim ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tuaran yang sebelum ini menjadi Naib Ketua Pemuda. Selama tempoh tersebut beliau sentiasa mencabar kepimpinan Rahman.
Jika persempadanan semula kawasan pilihanraya diluluskan dan Sulaman menjadi kawasan Parlimen yang mengandungi dua DUN, krisis kepimpinan UMNO Tuaran dapat dikendurkan kerana masing-masing berharap akan mendapat pejuang menjadi wakil rakyat.
Rahman akan berhijrah ke Parlimen Sulaman yang dikatakan tidak berpeluang mempertahankan kerusi di Ketua Belud setelah berlaku peralihan kuasa UMNO bahagian itu baru-baru ini. Aliasgar yang juga selaku Pengarah Pemimpin Kemajuan Rakyat akan mengharap boleh mendapat peluang bertanding, walau pun Kassim diramalkan menjadi pilihan utama kepada Hajiji.
Jika pemilihan Jawatankuasa Bahagian diadakan sebelum PR13 dan persempadanan tidak diluluskan, pemilihan tersebut dilihat hanya untuk mengukuhkan kedudukan Hajiji semata-mata dan juga akan memperlihatkan beberapa orang lagi pemimpin yang akan tersungkur.
No comments:
Post a Comment