Wednesday, October 21, 2009

Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO dalam waktu terdekat ini akan membincangkan mekanisme penubuhan Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO yang bertanggungjawab memastikan proses pengundian bagi memilih pemimpin parti secara serentak dilaksanakan dengan lancar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mesyuarat itu akan turut membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membantu mana-mana bahagian yang menghadapi masalah apabila perluasan perwakilan dilaksanakan.

''Semua ini saya akan bincang dengan Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya harap pihak ibu pejabat akan mengatur langkah ke arah ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas tujuh pindaan perlembagaan yang diluluskan 2,541 perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini termasuk hak dan kuasa memilih barisan kepimpinan parti kepada 146,500 ahli di peringkat bahagian berbanding 2,500 ahli sebelum ini.

CADANGAN: Siapa-siapa yang menghalang perjalanan mesyuarat atau menghalang mana-mana Ahli Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO menjalankan tugas, mereka ini perlu diambil tindakan disiplin termasuk jika mereka itu terdiri daripada mereka yang menjadi calon bertanding, akan dibatalkan pencalonan atau jika menang juga akan dibatalkan kemenangan mereka.

Langkah ini bagi mengelak Jawatankuasa Khas tersebut dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

No comments:

Post a Comment