Berita Harian
MUAR, 24 Okt: Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun Timbalan Perdana Menteri mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu "masalah dalaman" Pas, tetapi berkata ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.
"Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa," katanya pada kepada pemberita hari ini.
No comments:
Post a Comment